DiLea Webinar Berkala SN Edisi ke-4 - F4 & F5
21 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 June 2026, telah berlangsung DiLea Webinar Berkala SN Edisi ke-4 - F4 & F5. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 pm sehingga pukul 04:30 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar menjawap latihan bagi soalan susunan radas untuk mengkaji dua jenis tulang. Selain itu, pelajar menjawap latihan bagi soalan masa bagi cebisan kertas sampai ke punutup getah. Seterusnya, pelajar menjawap latihan bagi soalan eksperimen pengoksidaan yang dilakukan terhadap epal yang dihiris direndamkan ke dalam dua larutan yang berbeza selama seminit dan dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 minit. Akhir sekali, pelajar menjawap latihan bagi soalan untuk mengkaji proses elektrolisis bagi sebatian ion dalam satu keadaan.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: